10 October 2017

CINTA ITU FITRAH (KHAS UNTUK REMAJA)

Cinta itu fitrah. 
Tetapi perlu diuruskan.
Analoginya begini
Makan itu pun fitrah juga,
Tetapi kalau kita tidak mengawal pemakanan
Main makan sahaja apa yang ada.
Makan non stop
Apa yang akan terjadi?
Kita akan jadi obesiti silap-silap boleh dapat kencing manis.
Betul tak?

Apabila kita berbicara tentang cinta pastinya berkait dengan hati.
Hati ini sifatnya berbolak-balik.
Mudah dijentik. 
Bagaimana kita mahu menguruskan cinta dan hati kita ini supaya 
berada pada landasan yang betul?

Ada ke Al-Quran suruh kita jaga hati ni?
Mari kita sama-sama menghayati cerita Nabi Yusuf yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran.
Boleh semak Surah Yusuf ayat 23-29.
Ayat yang mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf mempertahankan dirinya
daripada godaan wanita secantik Zulaikha.

Kalau nabi Yusuf tidak menguruskan hatinya,
Dia akan lentok dengan pujuk rayu si Zulaikha. 
Sebab waktu itu Nabi Yusuf sangat disenangi oleh nafsu tetapi dideritai dengan iman.
Berdua-duaan dalam bilik.
Line pun clear.

Moral yang paling penting
kita perlu ambil
BIAR KITA SEGAGAH YUSUF, SEINSAF ZULAIKHA.

Nampak tak?
Jadi macam mana kita nak uruskan hati kita ni?
saya suka mengambil pendekatan Ustazah Fatimah Syarha.

TIPS MENJAGA HATI

Tips ini khas untuk mereka yang sedang berouple, tersyok, terindu dekat sesiapa. 
1)PAUSE
-tekan butang PAUSE dalam minda kita. Kita fikir. Aku ni sedang ikut panduan wahyu atau panduan nafsu? Aku ni sedang mendekati jalan zina atau jalan nikah? 

2) PRIORITI
-Jika sekarang kita tengah belajar, maka prioriti kita belajar, capai apa yang patut. Fikirkan apa prioriti kita.Jangan disebabkan Cinta, cita-cita berguguran ke tanah. Menangis mak ayah adik di kampung.

Maka kita perlu lebih rasional dalam soal ini. 
Kita pilih nak yang mana. 
Pilih cinta yang berstatus tinggi atau cinta yang biasa-biasa
yang ramai orang buat.

Allah sayang kita. Allah nak kita bahagia. 
Bila tiba masanya akan datang orang yang tepat,
yang sanggup bermujahadah menjaga hatinya untuk mendapatkan cinta seorang mujahadah.

Sekian.
Apa-apa komen, boleh komen di bawah ya.






No comments:

Post a Comment

MazayaAbaya © . Designed by MaisarahSidi.com