20 October 2017

KISAH A'LA RADHIALLAHUANH

A'la ni sahabat nabi . Umurnya lebih kurang 10 tahun . Satu hari A'la pergi masjid  . Dia tengok anak anak lelaki semua ayah dia pegang tangan pergi masjid . Tapi dia takde ayah yang nak pegang tangan dia . Lepastu dia pelik kenapa

Lepastu dia tanya mak dia . " Mak , mana ayah saya ? " . Lepastu mak dia cakap " Pergi tanya Rasulullah mana ayah kamu " .

Lepastu dia tanya Rasulullah .

" Ya rasulullah , mana ayah saya "

Rasulullah jawab
" Wahai A'la , ketahuilah bahawa ayah kamu syahid di jalan Allah "
 Lepas beberapa ketika . Terdapat peperangan untuk berjihad bersama Rasulullah .

A'la minta izin kepada Rasulullah .
Namun rasulullah menolak kerana dia masih punyai ibu . Dan perlu minta izin daripada ibunya 🌸

Sampai dirumah . A'la tanya ibu dia .

" Wahai ibuku , bolehkah aku berjuang bersama rasulullah ? "

Ibunya menjawab ;

Wahai A'la , Untuk pengetahuan kamu .  Ayah kamu meninggal ketika mengikuti peperangan bersama Rasulullah . Ibu tunggu ayah kamu tapi tak balik balik . Akhirnya , kumpulan berperang pulang dan ibu nampak kuda serta pedangnya berdarah . Namun anakku , tiada apa yang lebih mahal daripada agama ini .

Akhirnya , A'la pergi berjuang bersama Rasulullah . Semasa peperangan . Ada seorang musuh merejam rasulullah dengan panah.

A'la mengambil tindakan berani melompat dan menahan panahan itu dengan dadanya . Akhirnya panahan itu terkena tepat di dada A'la dan A'la jatuh dikaki nabi 😭

Nabi tanya ;
" Wahai Anakku , bagaimana keadaan kamu ? "

A'la jawab ;
" Wahai Rasulullah , sampaikan salam saya kepada ibu . Katakan padanya saya dan ayah menanti dia di pintu Syurga "
Antara orang yang menunggu ialah Umi A'la .

umi A'la tanya ;
" Ya Rasulullah , mana anak saya 😭 "

Jawab rasulullah ;
" Wahai umi A'la . A'la kirim salam pada kamu . Dia dan suami kamu menunggu kamu di pintu syurga "
Jadi, tu laa kisah sahabat Nabi iaitu A'la.. so kesimpulannya.......
 Umu A'la sedih . Lalu dia terjatuh . Lututnya terhentak dan ditakdirkan allah dia meninggal dunia

KESIMPULAN

Sayang semua , Agama nak sampai dekat tangan kita sangat mahal . Orang dulu bagi nyawa tapi kesian rakan rakan kita . Ada yang diantaranya jauh dari agama . Jauh dari allah . Malah ada yang tak kenal Allah . Bukan saya nak kata kita semua kena korban nyawa . Tapi cukuplah kita menjaga agama . Jaga solat . Jaga aurat . Supaya agama kekal terjaga . Boleh ? 🌸


Image result for pejuang agama kartun

15 October 2017

MOVE ON 1

"Aku kan sebenarnya, teringin nak hidup dalam keluarga," mata ditala ke langit.

"Kau rasa, ok ke Usrah? Aku rasa macam creepy je. Macam ustaz ustazah," Rai mengunyah mister potato.

"Entah. Kalau ikut teori usrah tu means keluarga. Tapi aku kan. Tak dapat feel pun like a family ke definisi keluarga aku lain?" mata Joanna mengerling ke arah Rai. Rai jungkit bahu.

Tak tahu.

"Aku rasa aku tak boleh survive, duduk kat universiti ni"

"Kenapa pula, aku tengok selera je kau makan" Joanna tarik senyum segaris. Aku ketuk karang kepala budak ni.

"Dulu waktu sekolah, kita solat sebab kita kena kejar dengan ustazah Zafirah pakai rotan. Gila kau, kalau tak solat jemaah memang kena sebat lah," Joanna memeluk kepala lututnya.

"Wei!! Kau ingat lagi. Haha. Kelakar pula. Tapi aku pun rasa juga sekarang. Solat subuh dengan dhuha pun lebih kurang je. Subuh gajah," Rai merenung jauh ke hujung pantai.

"Itulah, bila masuk universiti, tiada lagi warden nak marah , mak ayah pun jauh. Kita ni bebas. Tersangat bebas,"

"Weyhh, jom kita buat," Rai mengangkat kening double jerk. Joanna kelam.

"Kita buat family baru sini,"

"Serious lah,"

"Nampak muka aku macam main-main ke?"

"Kita nak buat? I mean Ki-Ta?" Jari telunjuk Joanna tunjuk depan dan belakang.


Al-Imran 3:110

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..........."

10 October 2017

CINTA ITU FITRAH (KHAS UNTUK REMAJA)

Cinta itu fitrah. 
Tetapi perlu diuruskan.
Analoginya begini
Makan itu pun fitrah juga,
Tetapi kalau kita tidak mengawal pemakanan
Main makan sahaja apa yang ada.
Makan non stop
Apa yang akan terjadi?
Kita akan jadi obesiti silap-silap boleh dapat kencing manis.
Betul tak?

Apabila kita berbicara tentang cinta pastinya berkait dengan hati.
Hati ini sifatnya berbolak-balik.
Mudah dijentik. 
Bagaimana kita mahu menguruskan cinta dan hati kita ini supaya 
berada pada landasan yang betul?

Ada ke Al-Quran suruh kita jaga hati ni?
Mari kita sama-sama menghayati cerita Nabi Yusuf yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran.
Boleh semak Surah Yusuf ayat 23-29.
Ayat yang mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf mempertahankan dirinya
daripada godaan wanita secantik Zulaikha.

Kalau nabi Yusuf tidak menguruskan hatinya,
Dia akan lentok dengan pujuk rayu si Zulaikha. 
Sebab waktu itu Nabi Yusuf sangat disenangi oleh nafsu tetapi dideritai dengan iman.
Berdua-duaan dalam bilik.
Line pun clear.

Moral yang paling penting
kita perlu ambil
BIAR KITA SEGAGAH YUSUF, SEINSAF ZULAIKHA.

Nampak tak?
Jadi macam mana kita nak uruskan hati kita ni?
saya suka mengambil pendekatan Ustazah Fatimah Syarha.

TIPS MENJAGA HATI

Tips ini khas untuk mereka yang sedang berouple, tersyok, terindu dekat sesiapa. 
1)PAUSE
-tekan butang PAUSE dalam minda kita. Kita fikir. Aku ni sedang ikut panduan wahyu atau panduan nafsu? Aku ni sedang mendekati jalan zina atau jalan nikah? 

2) PRIORITI
-Jika sekarang kita tengah belajar, maka prioriti kita belajar, capai apa yang patut. Fikirkan apa prioriti kita.Jangan disebabkan Cinta, cita-cita berguguran ke tanah. Menangis mak ayah adik di kampung.

Maka kita perlu lebih rasional dalam soal ini. 
Kita pilih nak yang mana. 
Pilih cinta yang berstatus tinggi atau cinta yang biasa-biasa
yang ramai orang buat.

Allah sayang kita. Allah nak kita bahagia. 
Bila tiba masanya akan datang orang yang tepat,
yang sanggup bermujahadah menjaga hatinya untuk mendapatkan cinta seorang mujahadah.

Sekian.
Apa-apa komen, boleh komen di bawah ya.






3 October 2017

Matematik Sedekah

Matematik Sedekah
Sedekah ni kalau kita ikut kiraan matematik memang kita nampak rugi.
Iyalah kita pergi bagi RM10 dekat masjid,
Maksudnya kita rugi RM10 la kan?
Itu secara logik.
Tapi Allah dah cakap sedekah ni penambah rezeki.
Apa yang tambahnya?
Rugi adalah.
Sedekah ni ada kaitan dengan rezeki.
Nak beri rezeki ni kerja Allah.
Mungkin kita sedekah RM10 hari ni.
Allah mudahkan urusan kita,
Mungkin Sale kita berlipat ganda,
Mungkin tiba-tiba mak ayah bagi kita RM50 buat duit belanja.
Betul tak?
Jadi jangan kedekut sangat.
Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah.

Gambar ihsan google

MazayaAbaya © . Designed by MaisarahSidi.com