"Aku kan sebenarnya, teringin nak hidup dalam
keluarga," mata ditala ke langit.
"Kau rasa, ok ke Usrah? Aku rasa macam creepy je. Macam
ustaz ustazah," Rai mengunyah mister potato.
"Entah. Kalau ikut teori usrah tu means keluarga. Tapi
aku kan. Tak dapat feel pun like a family ke definisi keluarga aku lain?"
mata Joanna mengerling ke arah Rai. Rai jungkit bahu.
Tak tahu.
"Aku rasa aku tak boleh survive, duduk kat universiti
ni"
"Kenapa pula, aku tengok selera je kau makan"
Joanna tarik senyum segaris. Aku ketuk karang kepala budak ni.
"Dulu waktu sekolah, kita solat sebab kita kena kejar
dengan ustazah Zafirah pakai rotan. Gila kau, kalau tak solat jemaah memang
kena sebat lah," Joanna memeluk kepala lututnya.
"Wei!! Kau ingat lagi. Haha. Kelakar pula. Tapi aku pun
rasa juga sekarang. Solat subuh dengan dhuha pun lebih kurang je. Subuh
gajah," Rai merenung jauh ke hujung pantai.
"Itulah, bila masuk universiti, tiada lagi warden nak
marah , mak ayah pun jauh. Kita ni bebas. Tersangat bebas,"
"Weyhh, jom kita buat," Rai mengangkat kening
double jerk. Joanna kelam.
"Kita buat family baru sini,"
"Serious lah,"
"Nampak muka aku macam main-main ke?"
"Kita nak buat? I mean Ki-Ta?" Jari telunjuk
Joanna tunjuk depan dan belakang.
Al-Imran 3:110
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk
manusia,menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman
kepada Allah..........."
No comments:
Post a Comment